Tesis



KPP 5022
PSIKOLOGI PENDIDIKAN

TAJUK :


BIODATA TOKOH DAN APLIKASI TEORI



KUMPULAN KULIAH DPLI-JAIM 2010
PENSYARAH : ABDUL AZIZ BIN ABDUL SHUKOR


DISEDIAKAN OLEH :
NAMA : FAIZUL RIDHWAN BIN ABDULLAH
NO MATRIK : L 2010 2006 211
FASA : SATU


Isi kandungan


Bil

Isi kandungan

Muka surat


1.0


Biodata Tokoh : Ivan Pavlov

1

2.0


Teori yang dipelopori

2 - 6

3.0


Aplikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


6


4.0

Kekuatan dan Kelemahan Teori


7 - 8

5.0

Biblografi




















Lampiran








1.0              Biodata Tokoh.

Tokoh ini adalah seorang yang telah memberi sumbangan besar dalam bidang psikologi pendidikan. Beliau telah mempelopori sebuah teori asas dalam bidang psikologi pendidikan ini dengan mengemukakan sebuah teori dinamakan teori yang dinamakan Teori Pelaziman Klasik. Tokoh yang dimaksudkan ialah Ivan Petrovich Pavlov.
Beliau telah dilahirkan pada 14 September 1849 di sebuah tempat bernama Ryazan di negara Rusia. Bapanya bernama Peter Demitrievich Pavlov merupakan seorang paderi di kampungnya. Ivan Pavlov mendapat pendidikan awal di sekolah gereja di kampungnya Ryazan. Pada peringkat sekolah menengah pula, beliau pernah digugurkan dari Ryazan Ecclesiastical Seminary dan kemudian mencuba nasib di University of Saint Petersburg untuk mempelajari kajian tentang kelaziman dan menjadi ahli psikologi. Beliau Berjaya mendapat ijazah kedoktoran pada tahun 1879. Beliau juga adalah seorang ahli perubatan dan pernah memenangi Hadiah Nobel pada 1904 bagi kajian tentang fisiologi pencernaan.
Pada tahun 1890, beliau mula mengkaji fungsi gastrik pada anjing dengan memungut, mengkaji dan menganalisi air liur yang terkeluar hasil rangsangan sebelum diberikan makanan. Beliau mendapati anjing cenderung untuk mengeluarkan air liur sebelum mendapat makanan dan beliau mula mengkaji “rahsia psikologi” ini.
Setelah menyumbang dengan pelbagai cara dan pandangan, beliau akhirnya meninggal dunia pada 27 February, 1936 pada usia 86 tahun.







2.0              Teori yang dipelopori.

Teorinya adalah tentang tindakan yang menjadi kebiasaan (conditioned reflects). Teori ini juga sangat dikenali sebagai “Teori Pelaziman Klasik”. Menurut teori ini setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan dinamakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan dinamakan pelaziman klasik.
Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan mengangkat tangan ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.
Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa.
Bagi mengemukakan teorinya, Pavlov mengadakan penelitian secara intensif mengenai kelenjar ludah. Penelitian yang dilakukan Pavlov menggunakan anjing sebagai objeknya. Ketika akan makan, anjing mengeluarkan air liur sebagai isyarat dia bersedia untuk makan. Anjing diberi rangsangan dengan memberi makanan beserta isyarat bunyi, dengan anggapan bahawa suatu ketika anjing akan bertindak balas dengan rangsangan berdasarkan kebiasaan.
Percubaan itu diulang berkali-kali, dan pada akhirnya percubaan dilakukan dengan memberi bunyi sahaja tanpa diberi makanan. Hasilnya, anjing tetap mengeluarkan liur dengan anggapan bahawa di sebalik bunyi itu ada makanan. Hasil penemuannya, Pavlov meletakkan dasar behaviorisme sekaligus meletakkan dasar-dasar bagi berbagai penelitian mengenai proses belajar dan pengembangan teori-teori belajar.
Seterusnya, Pavlov menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada, tetapi anjing masih mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa organisma telah terlazim dengan dikemukakan sesuatu rangsangan tak terlazim (RTT) juga akan menghasilkan gerak balas terlazim (GT=air liur) walaupun rangsangan itu berlainan atau hampir sama.
Pavlov juga mendapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng, anjing masih mengeluarkan air liur. Apabila nada jauh berbeza daripada bunyi asal, anjing itu tidak mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa organisme berkenaan dapat membezakan atau mendiskriminasi antara rangsangan yang dikemukakan dan memilih untuk tidak bertindak atau bergerak balas.
Penguasaan atau bagaimana organisma mempelajari sesuatu gerakbalas atau respons baru berlaku secara berperingkat-peringkat. Lebih kerap organisma mencuba atau mengulangi aktiviti, lebih kukuh penguasaan aktiviti berkenaan.
Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim (loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak terlazim (makanan), lama-kelamaan organisme itu tidak akan bertindak balas. Gerak balas itu berperingkat-peringkat akan terhapus.
Ini juga disimpulkan sebagai empat fasa yang akan dilalui seseorang untuk menguasai dan mengubah tingkah laku. Fasa-fasa berikut ialah Diskriminasi (Discrimination), Generalisasi (Generalisation), Penguasaan (Acquisition), Penghapusan (Extinction).


3.0              Aplikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Teori yang dikemukakan oleh Ivan Pavlov ini adalah sebuah teori yang amat menarik. Ini kerana telah dapat difahami dan diolah kepada bentuk pembelajaran yang asas yang boleh dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerakbalas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerakbalas, semakin kukuh gerakbalas terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerakbalas), maka gerakbalas itu menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Kaedah ini termasuk dalam proses Generalisasi (Generalisation).
Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Maka seorang guru hendaklah mengutamakan peneguhan dalam pembelajaran dengan mementingkan latih tubi dalam pelajaran. Guru juga perlu mengadakan ulangkaji dalam tempoh masa tertentu supaya pelajar tidak lupa pelajaran yang telah lalu.  Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Kaedah ini adalah untuk mengelakkan proses Penghapusan (Extinction).
Guru juga perlu memahami mereka perlu menanam asas yang kukuh dalam pengajaran. Murid-murid perlu diberikan latihan asas secukupnya kerana dengan latihan yang mencukupi, murid-murid akan mampu membezakan pelajaran yang diajar dengan perkara berkaitan yang seakan-akan dengannya. Contohnya bunyi loceng sekolah. Murid-murid telah diajar dari awal yang loceng waktu rehat akan berbunyi sekali sahaja pada jam yang tertentu. Maka pelajar akan dapat membezakan loceng waktu rehat dengan loceng kecemasan kerana loceng kecemasan berbunyi lebih dari sekali. Kaedah ini pula supaya pelajar dapat melakukan proses Diskriminasi (Discrimination).
Guru juga perlu memberi masa kepada pelajar untuk meguasai sesuatu pelajaran. Untuk mendapatkan penguasaan (Acquisition) yang mantap, pelajar tidak boleh dipaksa. Malahan guru perlu mengajar satu peringkat ke satu peringkat dan memberi masa untuk berehat sehingga gangguan-gangguan dapat diatasi. Ini dapat membantu mereka memulihkan ingatan kepada pelajaran-pelajaran yang baru diajar.




4.0              Kekuatan dan Kelemahan Teori.

Sungguhpun teori yang dikemukakan oleh Ivan Pavlov ialah sebuah teori yang hebat, namun ia masih mempunyai kekurangan. Maka di sini ditampilkan kekuatan dan kelemahan teori ini yang boleh kita lengkapi dengan menyatukan teori ini dengan teori-teori yang lainnya.
Melalui teori ini guru mengajar murid dengan mengaitkannya dengan pengalaman. Guru terpaksa mengajar sesuatu pelajaran secara amali agar dapat menjadikannya pengalaman untuk pelajar. Kekuatannya ialah pelajaran akan menjadi lebih menarik, tetapi kelemahannya untuk peneguhan murid dikehendaki melakukan secara berulang-ulang menjadikan murid akan merasa bosan.
Pengajaran melalui pengalaman juga juga merupakan satu kekuatan di mana pengalaman dalam pembelajaran akan dapat dikaitkan dengan pengalaman peribadi murid. Namun begitu kelemahannya pula ialah pengalaman murid mungkin tidak sama dengan apa yang diajar oleh guru.
Selain itu, kekuatan teori ini adalah guru dapat membentuk peribadi positif dalam diri murid dengan memberi mereka rangsangan-rangsangan yang sesuai. Rangsangan-rangsangan seperti pujian dan tahniah apabila murid melakukan sesuatu yang positif akan menggalakkan mereka untuk meneruskan amalan itu. Namun kelemahannya pula, mereka perlu dididik dari awal usia kerana jika rangsangan negatif telah banyak diterima, maka murid akan cenderung untuk berperibadi negatif.
Dalam teori ini juga ditekankan kepada guru untuk membuat peneguhan. Kaedah ini amat penting dan perlu kerana tahap pemahaman dan penguasaan pelajar akan dapat ditingkatkan dan akan kekal lebih lama. Namun, dari segi kelemahan yang dapat dilihat ialah perkara berikut akan mengambil waktu yang lama untuk mempelajari sesuatu perkara. Maka situasi ini akan sukar dilaksanakan pada subjek yang banyak sukatannya. Sekiranya dipaksa pula untuk melakukan peneguhan sambil meneruskan sukatan baru, murid-murid akan terbeban dan ini akan mengurangkan penguasaan pelajar.
Untuk mempertingkatkan pengajaran juga, pelajar digalakkan untuk membuat aktiviti berkumpulan atau mengadakan perbincangan. Kesan yang baik adalah pelajar akan dapat memupuk keyakinan diri di samping dapat membantu pelajar yang kurang yakin melakukan aktiviti berseorangan turut serta. Namun begitu, jika banyak aktiviti yang perlu dilakukan, guru akan sukar untuk menyediakan bahan-bahan bantu mengajar. Guru juga perlu menyediakan persediaan yang lebih rumit dan kos yang lebih banyak jika bahan berkaitan tidak didapati di sekolah.
Kesimpulannya, teori yang sangat baik juga mempunyai kelemahan dan kita bolehlah menyatukan pendapat-pendapat yang baik agar kita memperoleh hasil yang terbaik.




http://en.wikipedia.org/wiki/Ivan_Pavlov
            http://www.scribd.com/doc/12402580/ivan-pavlov

Tiada ulasan:

Catat Ulasan